1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat  cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli  barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati  rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan  rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang  berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg  ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik  sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan  glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,  gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika  masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah  tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul  isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan  pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya  ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Credit to Syok.org
Friday, December 17, 2010
9 Jenis Anak Syaitan
Posted by ~@pHiS~ at 8:28 AM 0 comments
Tuesday, November 30, 2010
13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Posted by ~@pHiS~ at 4:32 AM 0 comments
Thursday, November 4, 2010
EXAM lagiiii... haishhhh..
Exam kali ni mmg menyeramkan tahap gila babeng.. memandangkan aku student final year yg cam ntah ape2 ni.. macam2 boleh jadi time exam.. even dah study gile2 pun, sometime nasib x menyebelahi kita.. kadang2 soalan susah n pelik2, mmg saje je monash nak failkan budak2 nak kaut untungg.. haishhhhhh... 5/11/10.. aku baru abis 1 paper.. lagi 2 paper nak setel... Reaction Engineering and particle technology.. harap2 aku pass sume... aminnnnn......
Posted by ~@pHiS~ at 9:30 AM 1 comments
Wednesday, August 18, 2010
38 cara bakar kalori
Berikut merupakan jumlah kalori yang dibakar mengikut aktiviti yang  dilakukan bagi mereka yang mempunyai berat antar 68 hingga 70 kg. yang  len2 pun blh je aplikasi.
1. menonton tv = 40 kalori
2. berjalan pantas = 300 kalori
3. mengemas rumah = 240 kalori
4. berkebun (menyiram pokok dan membersih halaman) = 250 kalori
5. berkebun (menanam tumbuhan ) = 320 kalori
6. berbasikal statik =380 kalori
7. aerobik = 405 kalori
8. ping pong = 280 kalori
9. berlari di atastreadmill (40 min) = 500 kalori
10. tidur = 55 kalori
11. menjahit = 85 kalori
12. makan = 85 kalori
13. melakukan sulaman = 85 kalori
14. duduk di kerusi = 85 kalori
15. berdiri = 100 kalori
16. memandu = 110 kalori
17. melakukan kerja pejabat = 140 kalori
18. melakukan kerja rumah = 160 kalori
19. bermain golf (dengan buggy) = 180 kalori
20. bermain golf (tanpa buggy) = 240 kalori
21. menari tarian ballroom = 260 kalori
22. aerobik air = 400 kalori
23. berenang (kelajuan maksima) = 500 kalori
24. berjalan kaki dengan kelajuan sederhana = 280 kalori
25. meluncur ais = 500 kalori
26. berbaikal di taman = 450 kalori
27. berjoging = 500 kalori
28. mendaki = 500 kalori ++
29. aerobik (step aerobik) = 550 kalori +++
30. mengayuh kenu = 550 kalori
31. lompat tali = 700 kalori
32.kickboxing = 240 kalori
33.berlari laju = 700 kalori
34. berkuda = 428 kalori
35yoga = 500 kalori
36. badminton = 760 kalori
37. naik turun tangga(3 km sejam)= 800 kalori
38. menari hip hop = 500 kalori
Credit to Syok.Org
Posted by ~@pHiS~ at 2:25 PM 0 comments
Monday, August 16, 2010
Salam ramadhan
Alhamdulillah.. bulan ramadan menjelma lagi..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kerberkatan kepada anda semua.. dah lame aku x update blog ni.. walaupun ak jarang menulis kt blog ni,, selama ni men copy article je haha... ari ni ak break my own record.. x men daa copy paste article ni hoho... Bulan Ramadhan kali ni,, aku dah buat azam yang agak besar dalam hidup aku.. aku betul2 nak berubah menjadi seorang yang lebih baik.. xperlu la diceritakan panjang lebar azam aku ni.. yang penting,, aku akan berusaha sebaek mungkin untuk mencapai target aku.. Rakan2 sekalian, doakan aku bejaya k... dah dah.. tukar cerita plak... aku tgh pening ni... company internship aku x confirm lagi...arghhhhhhh.... DRB hicom dah dapat.. tapi mesti korang rase mcm x ok jer untuk budak chemical wat intern kat company kereta cm DRB hiCOM tu... dah la elaun satu habuk x kasi.. haishhhhh..... tapi ayah aku cakap... jangan jual mahal.... result ko bukan gempak sangat nak demand lebih2... hahaha... terdiam ak di situ dengan muka cover malu.. ni la antara model2 kereta yang di pasang di kilang DRB hicom tu...




So, ape yang aku kena wat skrg ialah berfikir panjang2 nak wat ke tak internship kat company GLC ni... pilihan aku actually base on the monthly allowance hahaha.. demand la plak.. ok la..Smpai di sini saje la entri aku kali ni... next time aku update lagi blog ak yang dah berhabuk giler ni...... chowwwwwwwwwwwwwwwwwww....... Salam..
Posted by ~@pHiS~ at 3:17 PM 0 comments
Thursday, July 1, 2010
7 Pahala diterima selepas mati
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima  seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid  itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum  daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang  yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik  dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh  orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu  mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang  selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat  pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi  pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan  tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Credit to Syok.org
Posted by ~@pHiS~ at 7:10 AM 0 comments
Wednesday, June 2, 2010
Kelembutan menimbulkan keinsafan
Seorang Nasrani bermaksud mengejek-ejek Imam Muhammad bin Ali bin Husain  yang digelar orang dengan panggilan “Al-Baqir” (yang luas  pentahuannya). Orang Nasrani itu berkata kepadanya: “Engkau adalah baqar  (lembu).” Maka Imam Baqir menjawab dengan penuh kelembutan: “Bukan,  tetapi saya adalah Al-Baqir.”
    Orang Nasrani tersebut tidak menghiraukan jawapan itu. Selanjutnya  ia berkata: “Engkau adalah anak seorang tukang masak. Engkau adalah anak  seorang wanita hitam yang mulutnya berbau busuk.”
Al-Baqir menjawab: “Seandainya engkau benar, maka aku doakan semoga  wanita itu diampuni oleh Allah, dan jika engkau bohong, maka aku doakan  semoga Allah mengampunimu.”
    Ternyata sikap lemah-lembut dan pemaaf yang dimiliki oleh Imam  Muhammad bin Ali bin Husain itu telah menimbulkan rasa kagum pada diri  orang Nasrani tersebut, sehingga akhirnya diapun bertaubat untuk tidak  mengulangi lagi perangai buruknya itu dan menyatakan dirinya masuk ke  dalam agama Islam.
Credit to www.aqmerpatiputih.blogspot.com
Posted by ~@pHiS~ at 9:28 PM 0 comments
Wednesday, May 12, 2010
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang  Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh  kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian  bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid  walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  sebanyak 3 kali.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya  ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak  Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia  dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap  mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya  yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil  untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali  mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa  Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya  itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.  Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat  Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi  ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang  sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari  timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat  yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah  Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di  sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and  an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara  dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Credit to Syok.Org
Posted by ~@pHiS~ at 9:54 AM 2 comments
Tuesday, May 4, 2010
10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat
LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."
Credit to Syok.Org
Posted by ~@pHiS~ at 8:02 AM 4 comments
Sunday, May 2, 2010
Senyuman Mr @pHiS sgt menggoda..
Tag ni datangnya dari Mr Arip aka fulltime blogger SS14,.. katenya contest ni dari cikchentazhetty .. hadiah misteri babe.,, confirm best... ni senyuman mase ak bankrup time g holiday kat Bandung Indonesia.. yang ak tau.. senyuman ni ikhlas menandakan poket ak dah licin g shopping kat sane.. hahhahaaha..
nak join contest, mesti la ada syarat2nya kan..jom check it out...*copy n paste je ni..hehe
1. contest ni terbuka tuk semua peringkat umur.
2.  1 gambar je (GAMBAR  ANDA)...sape masukkan lebih2 otomatik akan di  rejek oleh ai...*hahhahahha gelak  jaat*
3. gambar mestilah senyum  yang memang ikhlas.....senyum lebar 2 da  max...=)
4. gambar  BERSEORANGAN.....(kalu atok nenek nk join tg next contest  k)
5.  mestilah menjadi follower miss chentazetty
6. sediakan entri khas   contest ini dalam blog u all n linkkan kepada ai...
7. senangkan?????  jangan  lupe tag kan kwn2 anda minimum 4 org..(kalau follower anda  xramai boleh  dimaapkan..) make sure org anda tag 2 tau bahawa dia telah  di tag kalau xnk kne  saman.. (jgn woo skng semua stok saman2 je)
hahaha.....haaadoiii... snng je syarat2 dia... so korang tggu apalagi... jom la join...
.
.
.

miss chentazetty juga menujukan satu soalan yg berbunyi "naper anda suka senyum?"
1. senyum itu menandakan saya tgh hepi.. x kira la senyum sorang or senyum kpd awek tercinta.. hoho..
2. nampak saya ni sorang bersosial hahah.. xde la muka masam jer..
3. Saje nak show off gigi.. gigi gua berkilat kot..
4. menunjukkan keikhlasan hati si pemberi senyuman...
5. nampak chill n macho
6. Saje nk show off lesum pipit.. act ak xde pown kuakua.~~
7. bleh buat org lain  perasan...kejam ckit r..
syarat terakhir, nak kene tag 4 orang. sape ek?.
Iman
Mr K
LOVE
LEMON
nota kaki : contest ni berakhir 20 May 2010.. so sape2 yg x ditag oleh aku, tapi nk join contest ni... sila KLIK sini k..
Posted by ~@pHiS~ at 9:39 AM 2 comments
Saturday, May 1, 2010
Air Mata Nabi Adam
Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu  daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat  kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis  lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi  Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor  burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air   ini."
Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung  itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini  membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan  wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan  air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa  Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320  kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas  keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan  semasa
nafas itu keluar dan masuk?
Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di  dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.
Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang  sebelum azan.
Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di  dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala  Jengking Neraka
Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang  bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari  timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan  siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang  bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."
Credit to Syok.org
Posted by ~@pHiS~ at 4:27 PM 1 comments
Friday, April 30, 2010
9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" 
Credit to Syok.org
Posted by ~@pHiS~ at 10:07 PM 6 comments
EXAM EXAM EXAM!!

Ni jadual exam aku.. mesti korang dengki kan..best x jadual ak??  untuk pengetahuan umum, jadual ni adalah yang paling terbaik pernah ak dpt time ak blaja kat Monash ni..  sblom2 ni, direct ak je balik lambat sbb last paper ak lmbat gler.. sem ni ak berjaya menewaskan rakan2 rumah ku.. yeaaaaaaaayyyyyy.. boleh blik awal... yuhhuuuuuuu...~~ chow !!
Posted by ~@pHiS~ at 9:30 AM 3 comments


