Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu  daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat  kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis  lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi  Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor  burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air   ini."
Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung  itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini  membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan  wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan  air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa  Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320  kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas  keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan  semasa
nafas itu keluar dan masuk?
Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di  dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.
Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang  sebelum azan.
Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di  dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala  Jengking Neraka
Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang  bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari  timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan  siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang  bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."
Credit to Syok.org
Saturday, May 1, 2010
Air Mata Nabi Adam
Posted by ~@pHiS~ at 4:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



 
1 comments:
yup..
Post a Comment