CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 16, 2011

Ada hantu kat Jalan Kuantan-Gambang

BUKTI...tiga imej didakwa makhluk halus yang dirakam di Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan pada 17 Jun lalu.

KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.


Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.



“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.


“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.



Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.



Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.


“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.



“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.


“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.



Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.



Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.



Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.



Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.



“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.



Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.



“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.



“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.

Friday, December 17, 2010

9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Credit to Syok.org

Tuesday, November 30, 2010

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


Credit to Syok.Org

Thursday, November 4, 2010

EXAM lagiiii... haishhhh..

Exam kali ni mmg menyeramkan tahap gila babeng.. memandangkan aku student final year yg cam ntah ape2 ni.. macam2 boleh jadi time exam.. even dah study gile2 pun, sometime nasib x menyebelahi kita.. kadang2 soalan susah n pelik2, mmg saje je monash nak failkan budak2 nak kaut untungg.. haishhhhhh... 5/11/10.. aku baru abis 1 paper.. lagi 2 paper nak setel... Reaction Engineering and particle technology.. harap2 aku pass sume... aminnnnn......

Wednesday, August 18, 2010

38 cara bakar kalori

Berikut merupakan jumlah kalori yang dibakar mengikut aktiviti yang dilakukan bagi mereka yang mempunyai berat antar 68 hingga 70 kg. yang len2 pun blh je aplikasi.

1. menonton tv = 40 kalori
2. berjalan pantas = 300 kalori
3. mengemas rumah = 240 kalori
4. berkebun (menyiram pokok dan membersih halaman) = 250 kalori
5. berkebun (menanam tumbuhan ) = 320 kalori
6. berbasikal statik =380 kalori
7. aerobik = 405 kalori
8. ping pong = 280 kalori
9. berlari di atastreadmill (40 min) = 500 kalori
10. tidur = 55 kalori
11. menjahit = 85 kalori
12. makan = 85 kalori
13. melakukan sulaman = 85 kalori
14. duduk di kerusi = 85 kalori
15. berdiri = 100 kalori
16. memandu = 110 kalori
17. melakukan kerja pejabat = 140 kalori
18. melakukan kerja rumah = 160 kalori
19. bermain golf (dengan buggy) = 180 kalori
20. bermain golf (tanpa buggy) = 240 kalori
21. menari tarian ballroom = 260 kalori
22. aerobik air = 400 kalori
23. berenang (kelajuan maksima) = 500 kalori
24. berjalan kaki dengan kelajuan sederhana = 280 kalori
25. meluncur ais = 500 kalori
26. berbaikal di taman = 450 kalori
27. berjoging = 500 kalori
28. mendaki = 500 kalori ++
29. aerobik (step aerobik) = 550 kalori +++
30. mengayuh kenu = 550 kalori
31. lompat tali = 700 kalori
32.kickboxing = 240 kalori
33.berlari laju = 700 kalori
34. berkuda = 428 kalori
35yoga = 500 kalori
36. badminton = 760 kalori
37. naik turun tangga(3 km sejam)= 800 kalori
38. menari hip hop = 500 kalori

Credit to Syok.Org

Monday, August 16, 2010

Salam ramadhan

Alhamdulillah.. bulan ramadan menjelma lagi..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kerberkatan kepada anda semua.. dah lame aku x update blog ni.. walaupun ak jarang menulis kt blog ni,, selama ni men copy article je haha... ari ni ak break my own record.. x men daa copy paste article ni hoho... Bulan Ramadhan kali ni,, aku dah buat azam yang agak besar dalam hidup aku.. aku betul2 nak berubah menjadi seorang yang lebih baik.. xperlu la diceritakan panjang lebar azam aku ni.. yang penting,, aku akan berusaha sebaek mungkin untuk mencapai target aku.. Rakan2 sekalian, doakan aku bejaya k... dah dah.. tukar cerita plak... aku tgh pening ni... company internship aku x confirm lagi...arghhhhhhh.... DRB hicom dah dapat.. tapi mesti korang rase mcm x ok jer untuk budak chemical wat intern kat company kereta cm DRB hiCOM tu... dah la elaun satu habuk x kasi.. haishhhhh..... tapi ayah aku cakap... jangan jual mahal.... result ko bukan gempak sangat nak demand lebih2... hahaha... terdiam ak di situ dengan muka cover malu.. ni la antara model2 kereta yang di pasang di kilang DRB hicom tu...







So, ape yang aku kena wat skrg ialah berfikir panjang2 nak wat ke tak internship kat company GLC ni... pilihan aku actually base on the monthly allowance hahaha.. demand la plak.. ok la..Smpai di sini saje la entri aku kali ni... next time aku update lagi blog ak yang dah berhabuk giler ni...... chowwwwwwwwwwwwwwwwwww....... Salam..

Salam ramadhan