Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima  seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid  itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum  daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang  yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik  dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh  orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu  mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang  selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat  pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi  pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan  tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Credit to Syok.org
Thursday, July 1, 2010
7 Pahala diterima selepas mati
Posted by ~@pHiS~ at 7:10 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)



